Skip to main content

Nasib Pulau Buatan 'The World' di Dubai Yang Hampir 10 Tahun Terbengkalai





'The World' merupakan gugusan kepulauan buatan yang terdiri daripada kira-kira 300 pulau-pulau kecil yang dibina dalam bentuk kasar peta dunia , yang terletak 4.0 kilometer di luar pantai Dubai , United Arab Emirates. 


Pulau-pulau yang terdiri terutamanya daripada pasir dan batu ditambak di perairan pesisir pantai cetek Dubai. 321 juta meter padu pasir dan 31 juta tan batu telah digunakan untuk membina pulau-pulau yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 6 x 9 kilometer, dan dikelilingi oleh sebuah pulau pemecah ombak berbentuk bujur. Pulau-pulau yang dinamakan sempena nama negara-negara seperti Britain , Jerman , Switzerland, dan lain-lain ini terdiri daripada 14,000 hingga 42,000 meter persegi dan terletak kira-kira 100 meter dari satu sama lain.

Projek ini dimulakan hampir 10 tahun yang lalu, tetapi kerja-kerja telah terhenti secara berkala sejak berlakunya kemelesetan ekonomi global. Dua tahun lalu, keseluruhan projek itu telah sangat hampir dengan kegagalan apabila Penguine Marine, syarikat yang menyediakan perkhidmatan mengangkut dari pantai, mendakwa bahawa pulau-pulau tersebut semakin tenggelam ke dalam laut cetek. Nakheel Properties Group, pemaju hartanah, bagaimanapun menafikan laporan tersebut. 





Walaupun hampir 70 peratus daripada pulau-pulau itu telah dijual, menurut satu laporan pada Januari 2012 , pulau-pulau itu secara kekal kebanyakannya tidak disentuh kerana kelewatan dan kekurangan keperluan infrastruktur. Hanya dua pulau daripada 300 pulau-pulau yang mempunyai binaan bangunan di atasnya. Salah satu daripada pulau itu, iaitu Pulau Lebanon, adalah satu-satunya yang setakat ini telah dibangunkan secara komersial. Ia dimiliki oleh ahli perniagaan Abu Dhabi, Ravi Raman yang merancang untuk menggunakannya bagi acara-acara korporat swasta dan pihak awam. 

Namun baru-baru ini, terdapat pelbagai rancangan untuk menghidupkan semula projek ini. Kleindienst, syarikat pembangunan hartanah di Dubai mengumumkan bahawa tidak lama lagi mereka akan memulakan kerja-kerja pembinaan di "Heart of Europe", satu pembangunan yang bercita-cita tinggi yang dirancang merangkumi sebanyak enam pulau di 'benua Eropah'.



Nakheel Group sendiri bakal membangunkan sebuah resort yang dinamakan "Coral Island" di  lebih daripada 20 pulau yang membentuk bahagian Amerika Utara. Satu lagi kumpulan pelaburan dari Kuwait telah membeli 14 pulau yang membentuk Australia dan New Zealand di mana akan wujud resort lain. Finland, Ireland, Britain dan Moscow yang diperolehi oleh kumpulan-kumpulan perniagaan yang berbeza dengan rancangan untuk mengubah mereka menjadi villa, pub , pusat peranginan bertemakan fesyen dan banyak lagi.








source: http://www.amusingplanet.com

Comments

  1. bodoh orang arab. tolong bangsa yg tengah kebulur berperang tu tak nak. bodoh abadi~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.