Skip to main content

Gaji CEO-CEO Dan Orang Pangkat Besar di Malaysia




 

PEMIMPIN TERTINGGI


Berdasarkan laporan tahun yang dikeluarkan lewat tahun 2009, berikut nilai gaji pemimpin-pemimpin tertinggi Malaysia:

  •     Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  •     Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  •     Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  •     Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan



GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong - $3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)
  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama - US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameroon - £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)
  • Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd - AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu.

Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]

1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak
CEO CIMB Group Holdings Berhad
RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)
CEO Sime Darby Berhad
RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff
CEO Bursa Malaysia
RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar
CEO Maybank Berhad
RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin
Boustead Holdings Berhad
RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)



Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara
  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
  • Elaun Hiburan : RM1,500
  • Elaun Istimewa : RM1,500
  • Elaun Pengangkutan : RM1,500
  • Elaun Telefon : RM900
  • Elaun Pemandu : RM1,200
  • Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:

Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000



Diantara CEO syarikat GLC negara dengan gaji yang paling banyak sekali..

1. NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00


2. NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770

Seminit – RM29.51



BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA

Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.



Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99.

Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.


sumber: http://aslamahmad.blogspot.com/, gempak.org 



Comments

  1. kayo2......syoknyee jadi bos besar

    ReplyDelete
  2. oh mak kau...keciknya gaji menteri ni..tapi yg menghairankan..rumah mereka besar besar... hmmmm

    ReplyDelete
  3. Baguslah byk tokoh2 melayu yg kaya...tapi kenapa highlight semua CEO melayu? Nak timbulkan kebencian pada tokoh2 melayu ke?
    Mana gaji CEO GENTING, YTL CORP, MAXIS, Sunway Group dan lain2 yg bukan melayu?
    Patut tajuk posting ialah : GAJI CEO2 MELAYU DAN ORANG MELAYU PANGKAT BESAR DI MALAYSIA...baru betul nk fokus melayu...

    ReplyDelete
  4. ko sorang je yang pikir macam tu mat. jadi ko la orangnya yang nak timbukan kebencian. racist.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya.. bagi senarai nama dan gaji2 orang2 besar jer.. cukup n baru betul.. hah!

    ReplyDelete
  6. Kalau rasa nk copy paste je artikel ni, x payah buat blog la manusia!

    ReplyDelete
  7. Mereka yg dpt gaji sebesar ni sebenarnya mmg layak..kita hanya nampak besar gaji..tanggungjawab nya yg berat xder sapa yg nampak

    ReplyDelete
  8. dengki la tieuuuu

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah!! Allah Maha Pemberi Rezeki.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, kerja kuat, gaji besar

    ReplyDelete
  11. Ini pandangan aku. Kalau gaji ceo tnb dikurangkan tak perlu dah nak naik tariff leterik. Ia akan lebih munasabah. Masalah kerja kuat tak perlu timbul sebab banyak yang bekerja kuat dan tanggung jawab tapi gaji tak setinggi ini. Kalau bertanggung jawab sekali pun, apa ceo ni boleh buat di masa crisis? Habis kuat resign. Lain lah kalau perniagaan sendiri yang mana risiko nya ditanggung sendiri. Allahualam.

    ReplyDelete
  12. Keje dgn Allah gaji lagi mahal.. tapi bayar di akhirat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.