Skip to main content

6 Orang Terkaya di Dunia Tanpa Bekerja





Bagaikan 'pohon wang' yang tumbuh subur, para billionair ini tidak perlu bersusah payah bekerja selama puluhan tahun hanya untuk mengisi rekod bank mereka. Seperti dikutip dalam laman Business Insider, lebih dari 1400 orang terkaya yang tersenarai di majalah Forbes, terdapat segelintir billionair yang mewarisi harta kekayaan dari keluarga mereka.

Tercatat 6 billionair yang memiliki warisan harta kekayaan tanpa harus membanting tulang:


1. Lily Safra – US$ 1.2 Billion (RM 3.6 Billion)
Janda kepada billionair perbankan, Edmond Safra ini telah diwarisi kekayaan sebesar US$ 1.2 billion. Mendiang suaminya, Edmond telah meninggal dunia dalam peristiwa kebakaran aparemen pada tahun 1999. Dengan tinggalan kekayaan tersebut, wanita berusia 75 tahun yang berasal dai Monaco itu menduduki tempat ke 1175 sebagai billionair terkaya dunia versi Majalah Forbes.
 


2. Elaine Marshall & Keluarga – US$ 8 Billion (RM 24 Billion)
Wanita ke-48 terkaya di Amerika Syarikat itu dikatakan mewarisi kekayaan sehingga US$ 8 billion dari mendiang suaminya, J. Pierce Marshall. Warisan tersebut dibukukan dalam bentuk saham sebesar 14.6% di Koch Industries, sebuah perusahaan yang bergerak di bidang industri kimia dan tenaga terbesar di dunia. Menariknya, disebabkan tidak ada satupun yang tahu tentang nilai hartanya secara tepat, Bloomberg bahkan meletak Elaine sebagai billionair wanita nombor 4 di Amerika Syarikat pada 2012. Dan pada 2013, Forbes menempatkan wanita berusia 70 tahun itu dalam jajaran orang terkaya di peringkat ke-145.  



3. Jorn Rausing – US$ 5.2 Billion (RM 15.6 Billion)
Berasal dari Sweden, billionair yang menduduki tempat ke-233 versi Forbes ini mewarisi harta kekayaan bernilai US$ 5.2 billion . Warisan tersebut diperoleh dari mendiang ibunya yang bernama Birgit. Meskipun demikian, Rausing yang berusia 53 tahun itu tidak menarik diri dari dunia kerja. Dia masih menjadi salah satu direktor di syarikat Tetra Laval yang didirikan oleh datuknya.



4. Finn Rausing – US$ 5.1 Billion (RM 15.3 Billion)
Di usianya yang telah menginjak 58 tahun, Finn boleh berbangga hati kerana menjadi billionair dunia di urutan ke-239. Harta kekayaannya mencapai US$ 5.1 billion. Sama seperti adiknya Jorn, orang terkaya kelima di Sweden ini juga menjawat jawatan sebagai direktor di Tetra Laval, syarikat pengeluar susu dan jus terbesar di Sweden.  



5. Eduardo Hochschild – US$ 2.1 Billion (RM 6.3 Billion)
Berasal dari negara Peru, lelaki berumur 49 tahun ini sudah menjadi orang terkaya ke-4 di negeri kelahirannya. Bahkan menurut versi Forbes, Hochschild berada di peringkat 704 yang menggenggam kekayaan US$ 2.1 billion.  Kekayaannya diperoleh dari syarikat perlombongan emas dan perak yang didirikan pada 1911. Hochschild mempelajari ilmu perlombongan di Tufts University, Amerika Syarikat dan bergabung pertama kali di perusahaannya sebagai pembantu keselamatan pada 1987.



6. Yoshiko Mori US 1 Billion (RM 3 Billion)
Ketika konglomerat real estate di Jepun, Minoru Mori meninggal pada tahun lalu, isterinya Yoshiko langsung mengambil alih kekayaan keluarga. Kini, wanita berusia 72 tahun itu dinobatkan menjadi billionair di urutan ke-20 di Jepun dan ke-1342 di dunia dengan harta kekayaan sebesar US$ 1 billion. Mendiang suaminya telah meninggalkan karya terbesarnya iaitu membangun gedung tertinggi di China, Shanghai World Financial Center.

sumber: bagusseven.blogspot.com

 

Comments

  1. kalaulah orang muslim tinggal beshodaqoh aja ya,gak harus pusing cari uang

    ReplyDelete
  2. wah hebat juga ini orang ga bekerja tapi kaya.hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.