Skip to main content

8 Fakta Yang Dialami Perokok Pasif





Menjadi perokok pasif memiliki risiko kesihatan yang hampir sama bahayanya dengan perokok aktif. Menurut WHO, kematian yang menimpa perokok pasif di dunia mencapai 600,000 orang setiap tahun.


Berikut adalah 9 fakta yang harus anda ketahui tentang perokok pasif:


1. Anda akan menjadi perokok pasif ketika anda menghirup udara yang telah tercemar oleh asap daripada produk tembakau di manapun anda berada.


2. Bagi orang dewasa, perokok pasif dapat menyebabkan penyakit jantung dan masalah pernafasan yang serius, termasuk penyakit jantung koroner dan kanser paru-paru. Bayi yang menjadi perokok pasif dapat menyebabkan kematian mendadak dan bagi wanita hamil akan menyebabkan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.


3. Sekitar 40 peratus dari kanak-kanak yang menjadi perokok pasif, secara umumnya terdedah terhadap asap rokok di lingkungan rumah. Sebanyak 31 peratus kematian yang diakibatkan oleh perokok pasif terjadi pada kanak-kanak.


4. Remaja yang menjadi perokok pasif di lingkungan rumahnya, meningkatkan keinginan untuk mulai merokok sehingga dua kali ganda lebih besar dibandingkan remaja lain yang tidak menjadi perokok pasif.


5. Para perokok pasif memiliki beban ekonomi hingga 10 peratus untuk keperluan membiayai masalah kesihatan berpunca daripada asap rokok.


 6. Kawasan merokok yang terpisah atau mempunyai ventilasi tidak melindungi orang yang tidak merokok daripada asap rokok. Asap rokok tetap dapat menyebar dari kawasan merokok menuju kawasan bebas rokok, walaupun jika pintu antara dua kawasan tersebut tertutup.


7. Satu-satunya cara melindungi diri dari kesan berbahaya menjadi perokok pasif adalah dengan mencipta kawasan yang 100 peratus bebas asap rokok.


8. Terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia dalam asap tembakau. Sekitar 250 bahan kimia telah diketahui berbahaya bagi kesihatan dan lebih dari 50 bahan kimia berpotensi menyebabkan kanser. Laporan menunjukkan bahawa terdapat sekitar 600,000 kematian yang dialami oleh perokok pasif  setiap tahun.


sumber: http://www.faktabukanopini.up2det.com/


Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.