Skip to main content

7 Pondan Paling Cantik dan Popular di Asia






Melihat kecantikan mereka di bawah ini, mungkin ramai yang tak menyangka bahawa mereka sebenarnya adalah 'wanita jadian'. Jangankan lelaki yang tengok boleh tergoda, malah wanita-wanita di luar sana pun boleh jadi jeles dibuatnya. Memang cantik dan mantap! Namun, disebalik semua ini, mereka tetaplah lelaki pada azalinya.

Berikut 7 pondan paling cantik dan popular di Asia:


1. Harisu (Korea Selatan)

Harisu merupakan artis dan model berasal dari Korea Selatan. Model transeksual ini sangat cantik dan kebanyakan lelaki yang pertama kali melihatnya pasti yakin bahawa dia adalah seorang wanita.

Harisu lahir sebagai seorang lelaki tetapi selalu merasakan dirinya adalah seorang perempuan sejak usianya masih kecil.

Harisu melakukan pembedahan menukar jantina pada 1990-an dan terkenal kerana telah menjadi artis transgender pertama di Korea Selatan.



 2. Sirapassorn Atthayakorn (Thailand)

Thailand memang terkenal sebagai negara dengan populasi transgender terbesar di Asia Tenggara.

Pada tahun 2011, Sorapssorn Atthayakorn atau  nama panggilannya Sammy terpilih menjadi Miss International Queen 2011 dan mulai terkenal selepas itu.



 3. Nong Poy (Thailand)

Nong Poy juga berasal dari Thailand, merupakan seorang pelakon yang dilahirkan pada 5 Oktober 1986.

Memiliki nama asal Saknarin Marnyaporn, Poy merasakan dirinya sebagai seorang perempuan sejak masih kecil lagi tetapi Poy masih bersikap sebagai seorang lelaki ketika di depan ibu bapanya. Bagaimanapun Poy berasa jijik dengan alat kelamin “lelaki”nya.

Pada usia 17 tahun, akhirnya Poy melakukan pembedahan menukar jantina. Pada usia 19 tahun, dia telah memenangi gelaran Miss Tiffany 2004 dan Miss International Queen 2004.



 4. Alicia Liu (Taiwan)

Alicia Liu merupakan model terkenal berasal dari Taiwan.

Alicia mengumumkan identiti asalnya kepada media pada tahun 2009 dan pengumuman itu telah mengejutkan ramai pihak. Pada tahun 2010 Alicia menunjukkan kad pengenalan rasmi miliknya yang menyatakan bahawa dia adalah seorang wanita.

Dia mendedahkan bahawa  pembedahan menukar jantinanya dilakukan ketika dia berumur 18 tahun.



 5. Chen Lili (China)

Chen Lili lahir pada bulan Februari, 1980 di China. Dia merupakan penyanyi, model dan pelakon terkenal di China. Chen mulai terkenal pada tahun 2004 setelah menyertai pertandingan kecantikan sebagai seorang wanita.

Bernama asal Chen Yongjun, dia mengubah status jantinanya melalui pembedahan menukar jantina di Qingdao pada November 2003.




 6. Chamila Asanka (Sri Lanka)

Chamila Asanka juga dikenali sebagai Chami adalah salah satu model terseksi, namun mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa dia lahir sebagai seorang lelaki.

Chamila Asanka adalah pendatang baru di industri fashion dan oleh kerana itu tidak ramai yang mengetahui tentang dirinya. Chamila Asanka juga merupakan peserta dalam pertandingan Miss Internationa.



 7. Kayo Satoh (Jepun)

Model kelahiran 26 Desember 1988 ini menjadi perhatian dunia antarabangsa setelah mengaku di televisyen bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki. Kayo pernah melarikan diri dari keluarganya dan kemudian hidup dengan nama Kayo Satoh. Dia dengan tegas menolak andaian bahawa dia melakukan melakukan pembedahan plastik. “Semuanya masih asli,” katanya


sumber: harianinternet.com


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.