Skip to main content

Akhirnya Palestin Diiktiraf Sebagai Sebuah Negara, Penantian 65 Tahun Berakhir





 PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas menerima tepukan gemuruh dari perwakilan sebelum beliau memberi ucapan, di Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebentar tadi.


Beribu-ribu orang meraikan kejayaan apabila Palestin memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara selepas penantian selama 65 tahun.

Generasi muda Palestin pastinya akan mengingati tarikh penting berkenaan iaitu 29 November 2012.

Kejayaan itu menjadi kenyataan biarpun sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat meningkatkan kempen agresif untuk menggagalkan undian Perhimpunan Agung.

Sebahagian besar perwakilan PBB mengundi mengiktiraf negara Palestin, satu kemenangan yang lama dicari rakyat Palestin tetapi kekalahan diplomatik memalukan bagi Amerika Syarikat.  



Jumlah undian yang diperoleh Palestin di PBB:


Voting For Palestine State Results 
  • 138 Countries With
  • 9 Countries against (Israel, the United States and Canada, joined by the Czech Republic, Panama and several Pacific island nations: Marshall Islands, Micronesia, Nauru and Palau)
  • 41 Countries abstained

Sebelum ini, Palestin menolak cadangan supaya sebuah negara Yahudi dan Arab ditubuhkan selepas penjajahan British ke atas Palestin berakhir.


Ikuti ucapan  PRESIDEN Palestin, Mahmoud Abbas di PBB sebentar tadi yang menerima tepukan gemuruh para perwakilan:



Ya Allah, betapa terharunya tengok video di atas ni...betapa masyarakat antarabangsa sememangnya menyokong Palestin selama ini

sumber: beritaharian

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.