Skip to main content

Maksud Disebalik Jampi Ahli Sihir Harry Potter






Para peminat Harry Potter pasti sudah tahu apa yang akan terjadi sekiranya mengacungkan tongkat sihir sambil berkata, “Avada Kedavra!”. Atau jampi yang harus diucapkan sekiranya ingin membuka pintu yang terkunci (“Alohomora!).



Tetapi pernah terfikir tak, J.K Rowling, pencipta Harry potter, tidak saja-saja sesuka hati membuat sembarangan jampi dalam Harry Potter? Semua jampi sihir yang digunakan di Hogwarts ternyata ada asal usulnya, yang kebanyakannya berasal dari bahasa Latin. Berikut contoh jampi-jampi sihir Harry Potter.



Accio’
Jampi ini digunakan untuk memanggil barang. “Accio gelas”, dan gelas pun akan terbang ke arah anda. Dan seterusnya. Kata ‘Accio’ ternyata berasal dari bahasa Latin yang ertinya ‘Aku memanggil.’

 

‘Avada Kedavra’
Jampi paling jahat yang boleh membunuh lawan. Ibu bapa Harry Potter mati akibat jampi ini. Dalam bahasa Aramaic, ‘Avada Kedavra’ bererti ‘I will destroy as I speak’. Bunyinya hampir dengan...‘Abracadabra’, yang merupakan jampi kuno dari abad kedua yang sering dipakai untuk memanggil roh halus dan meminta perlindungan.


‘Crucio’
Ini juga jampi jahat yang biasa dipakai untuk menyiksa. Dalam bahasa Latin, ‘crucio’ ertinya ‘saya menyiksa’.


‘Expecto Patronum’
Jampi penghasil patronus, satu-satunya makhluk yang boleh mengusir Dementor. Jampi ini diambil dari bahasa Latin iaitu ‘expecto’ yang bermaksud ‘menunggu/berharap’, dan ‘patronus’ yang ertinya ‘pelindung’. Jadi kurang lebih expecto patronum itu ertinya ‘menunggu datangnya pelindung’.


‘Expelliarmus’
Ini jampi terhebat Harry Potter ketika bertempur. Fungsinya adalah untuk melepaskan tongkat sihir dari tangan musuh.Diambil dari bahasa Latin ‘expellere’ yang
maksudnya ‘mengeluarkan/melepaskan’, dan ‘arma’ yang maksudnya ‘senjata.’


‘Impedimenta’
‘Impedimenta’ dalam bahasa Latin
maksudnya ‘halangan’. Jampi ini biasa dipakai untuk membuat rintangan demi memperlambat pergerakan musuh.


‘Lumos’
‘Lumos’
maksudnya ‘cahaya’. Jampi inilah yang dipakai sekiranya mahu membuat hujung tongkat sihir kita menyala seperti lilin.


‘Rictusempra’
‘Sempra’ berasal dari kata ‘sempre’ yang
maksudnya ‘selalu’, sedangkan ‘rictum’ bermaksud mulut/rahang yang terbuka. Rictusempra ini dipakai untuk membuat musuh jadi terus menerus tertawa.


‘Sectumsempra’
Jampi ini adalah berlawanan dengan rictusempra. Kesannya bukan ketawa, tetapi luka-luka, kerana dalam bahasa Latin, ‘sectum’
bermaksud ‘melukai/mencederai’.


‘Stupefy’
Ini juga salah satu jampi yang selalu digunakan ketika perang,tapi kesannya tidak mendatangkan kecederaan. Cuma menjadikan musuh/mangsa menjadi bingung dan pening sahaja. Dalam bahasa Inggris, ‘stupefy’ ertinya ‘pening’.


‘Wingardium Leviosa’
Ini adalah salah satu jampi yang diajarkan pada murid-murid Hogwarts di tahun pertama. Fungsinya untuk membuat sebuah benda terangkat dan terapung di udara. Asal katanya adalah gabungan dari bahasa Inggeris dan Latin. Wingardium berasal dari kata wing (bahasa Inggeris) yang bermaksud sayap, dan arduus (bahasa Latin) yang maksudnya langit. Sedangkan leviosa berasal dari bahasa Latin, levare, yang bermaksud mengangkat/mengambil.



sumber: http://blogslucumenarik.blogspot.com




Comments

  1. huh seb baik xd unsur yahudi or freemason..iluminati dll..hahaha.sbbnye normally mende2 yg famous kat dunia nie msti ad pihak mngatakn ianya ade unsur2 sume tuh mcm pokemon dll...

    ReplyDelete
  2. hahahahhaaa... sumpah semua jadik duit emas.... hahahaha... boleh buat bonos raya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.