Skip to main content

Innocence of Islam - Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad, Nauzubillah!





Seluruh dunia Islam sekarang dilanda kemarahan di atas penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad. Di beberapa negara terutamanya di Asia Barat dan jiran kita di Indonesia sudah melakukan tunjuk perasaan memprotes filem ini. Kita di Malaysia bagaimana? Masih lagikah sibuk dengan Gangnam Style yang tak senonoh tu?



Filem Innocence of Islam

Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan Islam pertama.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi cuba membakar al-Quran, untuk berkempen membenci Islam di AS.

Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab disifatkan sebagai menjijikkan yang mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan kepada kesucian Islam dan bersimpati dengan rasa tersinggung umat Islam.


Siapa itu Sam Bacile?

Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya sebagai Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel dengan mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.

Bacile yang bercakap melalui telefon dari lokasi tidak diketahui tetap membela diri dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal.

Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.



 

Comments

  1. Assalammualaikum, Astaghfirullah aladzim, Marilah kita bersama2 melakukan solat hajat, agar Allahswt
    menimpakan hukuman setimpal dgn pbuatan laknatullah itu. dan buat HAN,
    TAK PAYAHLAH nak buat filem pula, nnt kita xde bezanya dgn mereka. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. setuju dgn anonymous atas,

    tak perlulah kita buat filem sebegitu, sebab itu bukan cara kita, bukan cara yg dianjurkan islam pn..

    ReplyDelete
  3. memang patut diharamkan.memesongkan akidah je. Menakutkan bila jadi ikutan belia.

    ReplyDelete
  4. aq rasa xpyh kita buat filem pasal anti yahudi..sbb kalu korng perasan tv series n movie kat america ade jee yg kutuk ritual org yahudi perngai2 yahudi ...tapi yahudi wat dek jee..n aq rase dorng da plan bile ad movie or something yg mghina agama kita(islam)..msti ade yg buat tunjuk perasaan..nie mgkin kaedah org2 yahudi nk tarik prhatian dunia n labelkn islam adalah agama yg kuat melenting..skekan huru-hara kat jalanan..n aq rase nie akan bagi satu image buruk kat islam..*nie cuba pandangan aq jee* :)

    ReplyDelete
  5. Saya setuju komen kat atas ni.tak pyh lah nak bls apa yg dah yahudi buat kat Umat Islam, hanya ALLAH je yg dpt memberi balasan yg stimpal nanti. Kat dlm tv pun byk cerita2 anti Islam ditayangkan tpi knpa mendapat kelulusan jugak? Knpa TAK boikot terus je filem2 Mcm tue... Contoh paling dekat ceta NCSI... Byk ceta yg mengambarkan Islam sbgi terrorist... Hmmmm

    ReplyDelete
  6. moga mendapat balasan dari Allah wahai yahudi ....jangan menghina Agama & Nabi yg kami cintai lg....kemana kamu pergi Allah maha mengetahui.....terimalah pembalasan darinya...amin.....

    ReplyDelete
  7. Biarlah dia buat filem hina Islam sebab byk hikmahnya. Tgklah peristiwa 11 Sep kononnya pengganas Islam yg btggjwb. kesannya rmai org barat mengkaji Islam akhirnya mendpt hidayah memeluk Islam. Filem ini juga akan dikaji oleh org barat, mudah2an mereka mendapat hidayah.

    ReplyDelete
  8. eum bener tuh yah...
    sebagai umat muslim kita harus bertindak dengan cara lain yang lebih bermanfaat

    ReplyDelete
  9. kezaliman extremist islam x fikir pla...human

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.