Skip to main content

Petronas di Tempat ke-10 Syarikat Kepemimpinan Terbaik di Asia





Sebagai salah seorang staff di PETRONAS, Encik Billy amat-amatlah berbangga dengan kejayaan ini; PETRONAS disenaraikan di kalangan 10 syarikat terbaik dalam kepemimpinan di Asia. Ia satu-satunya syarikat dari Malaysia dan Asia Tenggara yang berada dalam senarai ini.


PETRONAS berkongsi pencapaian itu dengan syarikat antarabangsa terkemuka lain seperti Coca-Cola, IBM, Nestle, Procter & Gamble dan Unilever.

Senarai itu hasil kajian kepimpinan tahunan ketujuh firma perunding pengurusan global, Hay Group bertujuan mengenalpasti 20 syarikat terbaik global serta 10 syarikat terbaik Asia dari aspek kepimpinan, selain  mengkaji bagaimana syarikat memupuk bakat dan menggalakkan inovasi.

General Electric tahun ini mendahului senarai global, diikuti Procter & Gamble, IBM, Microsoft dan Coca-Cola.

Kumpulan Samsung, Toyota Motors dan PETRONAS pula menerajui senarai di Asia.

Lebih 250 pemimpin dari 15 negara termasuk Belanda, Brazil, Indonesia, Thailand dan China mengambil bahagian dalam kaji selidik dalam talian selama sebulan itu.

“PETRONAS diiktiraf sebagai sebuah organisasi berbeza dengan ciri-ciri tersendiri,” demikian mengikut kaji selidik yang diumumkan Pengarah Urusan HayGroup Bagi Rantau Asia Selatan, Asia Pasifik dan Afrika, Tharuma Rajah di Kuala Lumpur.

Tharuma juga mendedahkan pelbagai penemuan penting dalam kaji selidik syarikat terbaik dalam kepimpinan itu.

Mengikut kaji selidik berkenaan, peserta telah mewujudkan persekitaran tempat kerja dan proses yang membolehkan inovasi berkembang.

Ia juga mendapati 10 syarikat terbaik Asia adalah didorong keperluan pelanggan masa depan bukan kepada pelanggan sedia ada semata-mata.

Malah, 90 peratus daripadanya melaporkan bahawa kakitangannya sentiasa membincangkan keperluan masa depan pelanggan, berbanding hanya 56 peratus di kalangan syarikat Asia lain.

Bila berdepan kesukaran pula, 10 syarikat terbaik Asia itu bersedia menangguhkan keuntungan jangka pendek untuk terus melabur dalam inovasi (71 peratus) dan menganggap maklum balas negatif dan kesukaran prestasi sebagai peluang untuk belajar (77 peratus), berbanding 53 peratus dan 56 peratus masing-masing dalam syarikat lain.


source: http://www.haygroup.com, http://www.bharian.com.my/

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.