Skip to main content

Ketahui Reaksi Tubuh Saat Menghisap Rokok





Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 10 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok.



0-10 saat Pertama

Pada hisapan pertama, asap rokok akan masuk ke mulut dan meninggalkan lapisan coklat tipis di gigi. Gas bersifat toksik seperti formalin dan amonia yang disedut akan membuat sistem imun menjadi aktif sehingga terjadi inflamasi.


10 Saat sehingga 5 minit seterusnya

Apabila memasuki kerongkong, asap rokok akan melambatkan cilia, 'alat pembersih kecil' yang bertugas untuk membersihkan sistem pernafasan dari partikel berbahaya. Sementara itu, nikotin yang naik ke udara langsung masuk ke pembuluh darah melalui jutaan kapilari di dalam paru-paru.

Ketika nikotin memasuki kelenjar adrenal, tubuh akan merasakan sentakan tenaga yang memicu pengeluaran adrenalin sehingga tekanan darah dan denyutan jantung meningkat. Akibatnya, jantung mengalami kesulitan untuk mengendur di antara denyutan jantung sehingga risiko untuk terkena stroke meningkat.

Pada saat yang sama, karbon monoksida dari asap rokok akan mula berkumpul  di dalam darah sehingga kemampuan tubuh untuk menghantarvoksigen ke organ penting berkurang.

Melalui peredaran darah, nikotin memasuki otak dan direspons sel saraf tertentu dengan cara pelepasan secara pantas neurotransmiter dopamin yang memberikan perasaan 'enak'. Ini sebabnya merokok menimbulkan rasa ketagihan.



Setelah 5 minit

Setelah level dopamin kembali normal, tubuh menginginkan 'perasaan high' lagi meskipun kita tidak menyedarinya. Bila kita sering memuaskan keinginan tersebut, otak akan terbiasa dan mulai muncul rasa ketagihan. Akibatnya, akan susah bagi anda untuk berhenti merokok.

Meskipun anda telah selesai menghisap rokok, di dalam tubuh masih terdapat kandungan beracun untuk 6-8 jam seterusnya.

sumber: www.komplikasi.com

Comments

  1. bg org yg dh mmg ketagih rokok, bagilah 10,100 atau 1000 fakta sekalipun, mereka ttp tak akn endah pny...

    mlainkn dpt hidayah drp Allah ...:)

    ReplyDelete
  2. berapapun mahalnya rokok tetap dibeli ada rasa kepuasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.