Skip to main content

Laman Perkongsian Fail Megaupload.com Kini Telah Ditutup






Salah sebuah laman perkongsian fail yang popular di dunia, Megaupload.com telah ditutup.


Pengasas laman itu dan beberapa pegawai syarikat laman berkenaan dituduh menyediakan kemudahan kepada berjuta-juta muat turun filem, muzik dan kandungan lain secara haram.

Satu pendakwaan oleh pihak berkuasa AS kelmarin menuduh laman berkenaan menyebabkan para pemilik hak cipta kerugian sekurang-kurangnya AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan, Kim Schmitz atau lebih dikenali sebagai Kim Dotcom, 37, yang merupakan pengasas Megaupload.com dan kini Ketua Pegawai Inovatif laman itu serta tiga lagi kakitangan laman berkenaan telah ditangkap di New Zealand atas permintaan beberapa pegawai AS. Schmitz merupakan seorang jutawan Jerman.

Laman Megaupload adalah unik bukan hanya kerana ia mempunyai kandungan muat turun yang besar tetapi juga kerana ia mendapat sokongan daripada selebriti berprofil tinggi, pemuzik dan penerbit kandungan yang kerap menjadi mangsa pelanggaran hak cipta serta cetak rompak.

Sebelum laman itu ditutup, ia mendapat sokongan daripada bintang realiti televisyen AS, Kim Kardashian, penyanyi Alicia Keys dan Kanye West dan beberapa selebriti lain.

Syarikat Megaupload itu menyenaraikan suami Keys, Swizz Beatz yang merupakan seorang pemuzik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.Namun, Beatz yang berkahwin dengan Keys pada 2010 tidak dinamakan dalam pendakwaan itu.

sumber: kosmo

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.