Skip to main content

(GAMBAR) Pesta Ais dan Salji di Harbin Yang Penuh Magis dan Warna-Warni !!





Sungguh bertuah jika dapat berkunjung ke Festival Harbin International Ice and Snow Sculpture yang berlangsung di wilayah Harbin, China..


Uniknya di tempat ini saban tahun acara dan pertunjukan ukiran ais yang begitu teliti seninya yang disertakan dengan kilauan lampu pelbagai warna yang begitu mengasyikkan.


Fakta Ringkas tentang Harbin:
  • Harbin adalah ibu negeri bagi negeri Heilongjiang di Republik Rakyat China serta merupakan antara kawasan yang mempunyai salji terbanyak di dunia.
  • Terletak di bahagian timur laut China kedudukan cuaca sejuk ini hasil dari angin sejuk dari Siberia. Ketika musim sejuk suhu di wilayah Harbin mampu mencecah sehingga -38.1 darjah celsius.
  • Sebagai antara beberapa negara yang berbangga menganjurkan pesta ais, pertunjukan ini sebenarnya telah wujud sejak 1963 dan biasanya berlangsung selama sebulan. Namun pada kebiasaannya ia akan berlangsung lebih dari sebulan bergantung kepada sambutan orang ramai dan keadaan cuaca.
  • Pesta ini kini meraikan ulang tahunnya yang ke 26, pernah terhenti penganjurannya untuk beberapa ketika akibat dari revolusi budaya yang dilancarkan oleh pemimpin Mao Zedong.
  • Namun kini festival ini semakin meriah dan gemilang dengan lebih banyak ukiran yang turut melibatkan teknologi terkini boleh dilihat dengan penuh keterujaan.
  • Pesta ais di Harbin ini adalah antara empat festival ais dan salji terbesar di dunia iaitu Japan's Sapporo Snow Festival, Canada's Quebec City Winter Carnival dan Norway's Ski Festival.


Pelbagai jenis ukiran, persembahan dan pesta:

Pelbagai ukiran ais boleh ditemui di sini antaranya bangunan pagoda dengan ketinggian sebenar, piramid Sphynx, istana-istana besar yang selalu kita lihat dalam filem-filem tentang kayangan dan juga ukiran moden.


Selain itu turut terdapat ukiran rupa bentuk haiwan yang menggambarkan dewa-dewa serta pelbagai bentuk ukiran yang mempunyai keseniannya yang tersendiri.


Proses Ukiran

Bagi menghasilkan ukiran ini bongkah ais besar yang diambil dari sungai Songhua sebelum gergaji manual digunakan untuk memotong kepada kepingan.

Para pengukir yang berpengalaman akan membentuk kepingan atau ketulan ais kepada bentuk dan arca yang telah dikenalpasti. Kebanyakan pengukir ini akan bekerja sehingga lewat malam untuk memastikan ia sempat siap sebelum festival bermula.

 


Air yang telah deion turut digunakan memandangkan ketulan ais ini lebih jernih berbanding ketulan ais biasa.

Bagi menambahkan keunikan ukiran ais ini, lampu berbagai warna digunakan bagi membangkitkan keindahan ukiran terutama apabila malam menjelang.

Dengan adanya festival yang begitu unik dan indah ini ia pasti mampu menaikkan industri pelancongan bukan saja untuk penduduk di China tetapi juga dari seluruh dunia.


Lagi gambar-gambar menarik:


















sumber: utusan malaysia, telegraph.co.uk,coolpicturegallery.us

Comments

  1. bestnye kalau dapat g tmpat macam nie .. seriously mmg lawa n menakjubkan ..

    ReplyDelete
  2. wow cantiknya..teruja tgk semua gambar di atas tuu huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.