Skip to main content

Perhimpunan Guinness World Record 2012





Ia adalah himpunan pelbagai keganjilan — paling besar, paling kecil, paling panjang, paling lama dan sebagainya.


Dengan pelbagai kelebihan itu, mereka berjaya menempatkan nama masing-masing dalam buku Rekod Dunia Guinness edisi 2012. Dan baru-baru ini mereka dihimpunkan dalam satu majlis khas di London sebagai penghargaan. Berikut antara highlight pemegang rekod dunia bagi edisi 2012:

Dari Jepun, 13 anjing Sarkas Super Wan Wan diterima sebagai pencatat rekod dunia apabila berjaya melakukan lompatan bersama menggunakan satu tali.



Tidak ketinggalan, Stewie — kucing domestik paling panjang di dunia dengan mencatat rekod 1.23 meter.



Bagi ciri luar biasa di kalangan manusia, pelajar daripada California, Chanel Tapper, 21, boleh berbangga kerana turut mencatat nama dalam Guinness World Records 2012. Dengan 9.65 sentimeter, Chanel diiktiraf sebagai wanita memiliki lidah terpanjang di dunia.

\

Turut mendapat tempat ialah Christine Walton, 45, dari Las Vegas, yang dicatat sebagai manusia memiliki kuku jari tangan terpanjang (3 meter di tangan kiri dan 2.92 meter di tangan kanan).



Aevin Dugas, 36, daripada New Orleans, diperakui sebagai pemilik rambut kerinting semula jadi terbesar dengan ukur lilit sepanjang 132 sentimeter.



Satu lagi rekod dicatatkan pasangan adik-beradik Britain, Daniel dan Natalie Bent yang melakukan acara triatlon luar biasa. Selain berlari dan berbasikal seperti atlet triatlon biasa, mereka turut melakukan selaman di dalam paya gambut dan aktiviti itu ditamatkan dalam tempoh dua jam 45 minit.



Tidak ketinggalan, Mark Byles dari Aylesford, Kent, yang berjaya menyiapkan 150 pasu tanah liat dalam tempoh hanya satu jam.



Dan jika membaca rekod terbaru ini membuatkan anda berasa lapar, ingatlah bahawa pizza komersial terbesar berjaya dihasilkan ialah sebesar 137.16 sentimeter. Kedai Big Mama’s and Papa’s Pizzeri di Los Angeles mengeluarkan belanja £121 (hampir RM591) dan mampu mengenyangkan 100 orang.


sumber: hmetro, guinness world record 

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.