Skip to main content

Mengagumkan...Penemuan Luar Biasa di New Guinea





Seekor katak bertaring, ular buta dan dolfin berkepala bulat adalah antara lebih daripada 1,000 spesies baru yang ditemui baru-baru ini di kepulauan Melanesia di New Guinea. Turut ditemui ialah yu sungai dan berdozen-dozen rama-rama.
 

Laporan terbaru kumpulan alam sekitar Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) mengenai habitat semula jadi pulau itu menyatakan saintis membuat penemuan menakjubkan itu pada kadar dua spesies seminggu dari 1998 hingga 2008.

“Laporan ini menunjukkan New Guinea mempunyai hutan dan sungai yang antara lain berbiodiversiti paling kaya di dunia,” kata wakil program Barat Melanesia WWF, Neil Stronach.

New Guinea yang terpisah antara Indonesia di barat dan Papua New Guinea di timur mempunyai salah satu ekosistem yang paling menarik dan tidak tercemar. Hutan hujan tropikanya merupakan ketiga terbesar di dunia selepas Amazon dan Congo.
 

Walaupun pulau tersebut meliputi hanya 0.5 peratus daripada daratan bumi, WWF melaporkan ia menghimpunkan sehingga lapan peratus daripada spesies-spesies dunia.

Sebelum ini pun, umum mengetahui New Guinea sudah mempunyai biodiversiti yang amat menarik seperti rama-rama terbesar dunia yang memiliki sayap berukuran 30 sentimeter (12 inci) dan tikus gergasi yang boleh membesar sehingga satu meter panjang.


Para saintis, menurut WWF, percaya satu kilometer persegi (247 ekar) tanah rendah di hutan hujan tropika itu mempunyai sebanyak 150 spesies burung. Sebanyak 1,060 spesies yang disahkan penemuan baru oleh saintis antara 1998 dan 2008 dipercayai hanya merupakan sebahagian kecil bilangan spesies di New Guinea.

“Begitulah hebatnya biodiversiti New Guinea kerana penemuan baru dikira perkara biasa hingga ke hari ini,” menurut laporan WWF yang bertajuk, “Final Frontier: Newly Discovered Species of New Guinea (Sempadan Akhir: Spesies Terbaru Ditemui di New Guinea)”.

Salah satu penemuan paling menarik yang direkodkan dalam laporan WWF itu ialah dolfin berkepala bulat, bersirip, pendek dan terjungkit. Ikan istimewa tersebut berenang di perairan pantai yang terlindung dan cetek serta berdekatan sungai dan muara anak sungai kecil.
 

Ditemui pada 2005 di Papua New Guinea, ia adalah spesies pertama dolfin baru yang direkodkan di dunia dalam tempoh tiga dekad. WWF berkata, ia juga ditemui di Australia.

Antara lain-lain 12 mamalia yang ditemui pada dekad ini ialah tenggiling yang diberi nama mengikut nama ahli alamiah Britain, Sir David Attenborough atau nama saintifiknya Zaglossus attenboroughi.

Salah seekor 134 katak yang ditemui digelar sebagai Litoria sauroni kerana matanya berbintik merah dan hitam. Ia mengingatkan kita kepada karakter jahat, Sauron dalam filem ‘Lord of the Rings’.


Seekor lagi katak baru amat menarik kerana saiznya yang kecil. Panjangnya hanya satu sentimeter, sementara seekor lagi mempunyai taring macam puntianak.

Sembilan spesies siput yang sangat berwarna-warni adalah antara 580 invertebrat baru yang ditemui.
Salah seekor siput berwarna kuning terang manakala seekor lagi hijau dan hijau. Lain-lain invertebrat baru ditemui ialah udang krai berwarna aprikot yang terang.


Ia adalah sebahagian daripada famili haiwan bernama “yabbies” di Australia dan sesetengah tempat di dunia. Ia berkepanjangan antara sembilan hingga 12 sentimeter.

Ikan baru yang ditemui berjumlah 71. Ia datang dalam pelbagai warna, termasuk sejenis ikan yang memancarkan kilauan warna biru.


Para saintis mengagumi ikan tersebut yang ditemui pada batu karang di Milne Bay, Papua New Guinea. WWF berkata, penemuan paling luar biasa ialah seekor yu sungai berukuran 2.5 meter di Papua New Guinea. Spesies itu kemudiannya turut dikesan di bahagian utara Australia.

Daripada 43 jenis reptilia yang ditemui, seseorang boleh mendakwa ular paling tidak berbahaya di dunia ialah seekor ular yang panjangnya hanya 12-14 sentimeter, matanya bersisik sehingga ia tidak boleh melihat, tidak boleh mematuk dan tidak mempunyai bisa.

WWF memberitahu, tindakan manusia memusnahkan habitat semula jadi New Guinea pada kadar yang cepat. Antara ancaman yang disenaraikan dalam laporan itu ialah pembalakan haram dan tidak terancang, pembukaan hutan untuk tujuan perladangan, perlombongan, pembinaan jalan raya dan penangkapan ikan yang tidak terancang.


Antara spesies-spesies lain yang turut ditemui:

 
 
 
 
 
 
 

sumber: mstar, http://news.nationalgeographic.com

Comments

  1. biawak berwarna biru. rasa mcm tgk lukisan kanak2 :)

    ReplyDelete
  2. katak yang bertaring tu macam dalam anime je. hehehe.

    subhanallah, semuanya kebesaran Allah :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.