Skip to main content

10 Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia Pada 2011





Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, penyanyi Lady Gaga dinobatkan sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia pada tahun 2011 mengetepikan jutawan media, Oprah Winfrey. 


Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan '100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011', yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter.

"Lady Gaga menewaskan Winfrey tahun ini kerana dia sangat berpengaruh dalam media sosial. Dia menggunakan Twitter dan Facebook untuk mengubah dirinya menjadi satu kegilaan sehingga boleh menjual berjuta-juta unit album dan mendapat liputan media.

"Dia merupakan contoh terbaik bagaimana selebriti boleh menguruskan kerjaya mereka pada tahun-tahun akan datang," kata penyunting Forbes, Dorothy Pomerantz.


Winfrey, pengacara rancangan temu bual terkenal The Oprah Winfrey Show yang sudah ditamatkan siarannya baru-baru ini selepas 25 tahun ditayangkan, berada di tempat kedua dengan jumlah pendapatan AS$290 juta (RM870 juta).

Penyanyi remaja Kanada, Justin Bieber muncul selebriti paling muda berada dalam senarai itu di tempat ketiga dengan pendapatan AS$53 juta (RM159 juta) hasil daripada konsert dan filemnya Never Say Never.



Berikut merupakan senarai lengkap 10 Selebriti Paling Berpengaruh di Dunia Pada 2011:
  1. Lady Gaga
  2. Oprah Winfrey
  3. Justin Bieber
  4. Kumpulan U2
  5. Elton John
  6. Tiger Woods
  7. Taylor Swift
  8. Kumpulan Bon Jovi
  9. Simon Cowell
  10. LeBron James
source: forbes

Comments

  1. apehal la lady gaga tu bole dpt jadi org paling berpengaruh.. klu oprah tu ak bole tahan lgi.. ni lady gaga..
    rse mcm nk terbalik dah dunia

    ReplyDelete
  2. aku cintakan gaga n bieber!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.