Skip to main content

Lady Gaga Menetas Dari Telur Gergasi




Sebelum ini, Lady Gaga sudah membuat penampilan cukup aneh ketika tampil di karpet merah, namun dia melakukannya sekali lagi sewaktu muncul pada anugerah Grammy, baru-baru ini, apabila dia bersembunyi di dalam telur gergasi.


Gaga memastikan dia menetas keluar daripada telur gergasi itu melalui persembahan hebat dalam majlis berkenaan.Penyanyi berusia 24 tahun yang suka melakukan kejutan itu keluar daripada telur gergasi berkenaan bagi menyampaikan lagu terbarunya 'Born This Way'.

Gaga yang memakai pakaian keemasan dengan rambut diikat tinggi kelihatan seiras Madonna dalam konsert Blonde Ambition, memulakan persembahan dengan cukup bertenaga. Dia juga menunjukkan bakat bermain piano dalam persembahan itu.


Sebelum acara Anugerah Grammy bermula, penyanyi itu tidak kelihatan kerana dia duduk di dalam telur gergasi yang diangkat empat pengiring di Pusat Staples di Los Angeles. Gaga yang terkenal gemar berpakaian pelik seakan-akan tidak mahu ada orang lain mengatasinya.

Kedudukannya di carta muat turun semakin mantap selepas lagu terbarunya 'Born This Way' berjaya meraih tempat pertama di 21 negara dalam tempoh beberapa jam lagu itu dapat dimuat turun melalui Internet.

Sementara itu, pengiring Gaga bercakap bagi pihaknya di karpet merah ketika diwawancara Ryan Seacrest - Gaga enggan menjawab wawancara itu kerana dia sedang 'mengeram' sebelum melakukan persembahan. Namun, keadaan itu sedikit-sebanyak turut mencetuskan kekecohan.

"Dia masih di peringkat embrio dan tidak akan dilahirkan sehingga waktu persembahan kelak," jelas seorang pengiringnya kepada Seacrest. Telur yang diduduki Gaga dilengkapi tangki oksigen dan kipas angin.

Seacrest memberitahu penonton E! viewers, penyanyi itu berada di dalam telur berkenaan selama tiga jam sebelum persembahannya bermula dan hanya ditemani telefon bimbit Blackberrynya.

Selain itu, penyanyi Kelly Osbourne turut menghantar Twitter yang berbunyi: "Anda tidak akan percaya apabila melihat Lady Gaga muncul di Anugerah Grammy."

Tahun lalu, Gaga mencetuskan kontroversi apabila muncul dalam Anugerah Muzik Video MTV dengan pakaian diperbuat daripada daging.


Lagi gambar-gambar menarik:

 
 
 
 
 




 

sumber: www.huffingtonpost.com, www.nowpublic.com, www.styleite.com,justjared.buzznet.com

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.