Skip to main content

Majlis Berbuka Puasa Terbesar di Dunia


Sebuah daerah di Istanbul dilaporkan mencatat rekod dunia dengan menganjurkan satu majlis iftar atau berbuka puasa besar-besaran yang dihadiri sekurang-kurangnya 40,000 orang.

Fakta ringkas:
  • Tempat berlangsung : Esenler, Istanbul Turki di Atisalani Aveneu
  • Rekod : tiga baris meja berbuka sepanjang 10 kilometer
  • Kehadiran : 40 ribu orang
  • Hidangan :  10 tan beras, lapan tan daging, 1,500 dulang kuih muih, 100,000 botol air dan 45,000 cawan ayran iaitu sejenis minuman tempatan berasaskan dadih selain jus buah-buahan.

Lagi gambar-gambar menarik:





Tahun lalu, majlis perbandaran yang sama mengadakan satu majlis iftar dihairi 15000 penduduk. Oleh itu datuk bandar Esenler, Orhan Ogus Turk berharap tahun ini majlis terbabit akan tercatat dalam Guinness World Book of Records.

Orang ramai dilaporkan mula berhimpun di meja disediakan sejak awal tengah hari bagi menyediakan juadah berbuka puasa yang bermula kira-kira jam 8 malam waktu tempatan.

Antara makanan yang dihidangkan termasuk nasi, ayam, manisan, jus buah-buahan, kurma dan juga roti selain minuman.


sumber: www.worldbulletin.net

Comments

  1. pehhhh ramai tu...10 tan beras brape keturunan aku leh makan..

    ReplyDelete
  2. wahh ramainyerr...meriahh sungguhlah kalu ada kat situ kan...TQ singah umah ciklinn yerk

    ReplyDelete
  3. ciklin...sama2.rajin2 jenguklah lagi.hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif. 1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Cerita di bawah ni dah lama disiarkan oleh Harian Metro, tapi tak kisahlah, nak share jugak. Cerita yang membuktikan tiada apa yg mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah olehnya dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tak baik. Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun. KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.

Petua Hilangkan Dakwat Pen Pada Pakaian

BILA pakaian anda terutamanya yang berwarna putih terkena dakwat pen memang haru biru jadinya. Silap-silap baju yang baru dibeli pun anda akan buang. Pun begitu, jangan pening kepala ya. Femina ada petuanya untuk menghilangkan dakwat berkenaan, yang penting anda berusaha. 1) Air limau Titiskan air limau yang dicampurkan dengan garam pada bahagian baju yang kotor terkena dakwat. Tunggu seketika dan gosok perlahan-lahan. Kemudian cuci baju itu seperti biasa.