Skip to main content

5 Pulau Terbesar di Malaysia

Perairan Malaysia memiliki lebih daripada 1000 buah pulau. Namun tahukah anda apakah pulau yang terbesar sekali di Malaysia? Jika soalan ini diajukan kepada rakyat Malaysia, pasti kebanyakan jawapan yang diberi adalah Pulau Langkawi. Tidak kurang juga yang memberi jawapan Pulau Pinang(the main island).

Jika itu adalah jawapan anda, maka anda sememangnya silap....

Berikut ialah 5 pulau terbesar di Malaysia:

1. Pulau Banggi

Ya...inilah pulau terbesar di Malaysia. Pasti ramai yang belum pernah mendengar nama pulau ini bukan?


Pulau ini terletak di negeri Sabah (Daerah Kudat). Mempunyai keluasan sebesar 440.7 km persegi. Lokasi yang lebih tepat adalah di bahagian utara Sabah berdekatan dengan Marudu Bay.



2. Pulau Bruit (or Betruit Island)

Jika tanggapan anda Pulau Langkawi adalah Pulau kedua terbesar selepas Pulau Banggi, maka sekali lagi anda salah. Ya, inilah pulau kedua terbesar di Malaysia-Pulau Bruit

Pulau ini terletak di negeri Sarawak, di Delta Rajang iaitu 150 km di utara Kuching (at Daro District under Mukah division). Berkeluasan 417 km persegi dan mempunyai populasi sebanyak 30 000 orang.



3. Pulau Langkawi

Ya, sekarang barulah Pulau Langkawi. Terletak di negeri Kedah Darul Aman (my own state). Berkeluasan 320 km persegi (main Island). Mempunyai populasi sebayak 80 ribu orang.


Langkawi mempunyai keluasan keseluruhan sebesar 478.5 km persegi. (320 km-sq of main island dan 158 km-sq of small islands). Keluasan ini menjadikan Langkawi sebagai gugusan kepulauan terbesar di Malaysia.



4. Pulau Pinang

Pulau Pinang atau Penang mempunyai keluasan 293 km persegi. Merupakan pulau terpadat yang dihuni di antara kelima-lima pulau terbesar di Malaysia. Malah kepadatan penghuni di pulau ini adalah yang tertinggi sekali di Malaysia.



5. Pulau Tioman

Pulau ini terletak di Laut Cina Selatan, merupakan pulau yang terbesar di Pantai Timur. Terletak di negeri Pahang, lebih kurang 65 km dari pekan Kuala Rompin.
Pulau ini berkeluasan 137 km persegi iaitu hampir separuh daripada keluasan Pulau Langkawi.

Comments

Popular posts from this blog

15 Kepercayaan Masyarakat Melayu Mengenai Tanda-Tanda Alam

Ada banyak kepercayaan masyarakat Melayu lama yang berhubungan dengan tanda-tanda alam. Ramai yang masih mempercayainya dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai kepercayaan tahayul. Tanda-tanda alam itu boleh memberi gambaran maksud negatif atau positif.

1. Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.


Saiz Zakar Lelaki Mengikut Negara (Malaysia di tempat ke-106)

Salah satu faktoryang agakdominandalam menentukan saizzakarnormaladalah faktorgenetik.Ini adalah satu faktorpentingyang mestiberbeza dari setiapbangsa,keturunan,dan negarasecara keseluruhannya.

Cara Membuat Simbol dan Emoticon Menggunakan Keyboard

Jika anda seorang keyboard warrior, ini ada beberapa trick menarik untuk memantapkan skill anda:

Cara-caranya: Find Alt code.